Result Sem 2 2012/2013 UTM

Jumaat, 24 Mei 2013

Assalamualaikum.

Dah lama rasanya saya tidak menulis di sini. Hanya baru membuat beberapa pembaharuan terhadap blog ini, jika anda perasan! Haha...


Kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda mengenai keputusan peperiksaan akhir Semester 2 bagi tahun 2012/2013. Untuk pengetahuan umum, saya mengambil kursus Diploma Sains Komputer (Teknologi Maklumat) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kuala Lumpur. Berikut merupakan keputusan bagi ketujuh-tujuh subjek yang telah saya ambil :


  1. Organisasi Komputer dan Bahasa Himpunan - B+ - 3.33
  2. C++ Programming - A - 4.00
  3. Human Computer Interaction - B+ - 3.33
  4. Statistik - A+ - 4.00
  5. Hubungan Etnik - A - 4.00
  6. Keusahawanan - A - 4.00
  7. Bahasa Inggeris untuk Pembelajaran Akademik - A- - 3.67
Secara keseluruhannya, saya mendapat pointer 3.72 untuk sem ini. Pada sem lepas, say mendapat 3.79. Menurunlah sedikit pointerku... Huhu... Tapi, Alhamdulillah, masih lagi mendapat kepujian Dekan. 

Saya dengan ini, ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pensyarah saya yang telah mengajar saya. Kepada (mengikut turutan subjek di atas) En. Mohd Daud, Pn. Halimah, En. Syed Ardi, Cik Fadzilah, Pn. Jasmin, Pn. Zakiah, dan Pn. Zuhana, terima kasih kepada anda semua atas ilmu yang telah anda curahkan...

Sekian.