Assalamualaikum.
"Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki di antara manusia dan kamu tinggalkan isteri isteri yang dijadikan Tuhanmu untukmu ,bahkan kamu adalah orang yang melampaui batas.”
(Surah AS Syu’ara ayat 165..166)
“Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsunya,bukan kepada wanita ,maka kamu adalah kaum yang berlebih lebihan”
(Surah Al Raf ayat 81)
Menurut kajian yang telah dilakukan, seorang daripada empat (4) orang lelaki adalah GAY. Persoalannya, adakah statistik ini boleh dipercayai? Bayangkan, dalam sebuah kelas, ada 12 orang lelaki. Menurut statistik, 3 orang lelaki di dalam kelas itu adalah GAY. Adakah ini benar. Sebenarnya, statistik ini telah dijalankan oleh orang Barat yang 'bergiat aktif' dalam dunia gay ini. Mereka yang menyebarkan fahaman dan budaya gay ini, dan mereka juga yang mengeluarkan statistik tersebut. Jadi, memang benarlah statistik ini, tetapi untuk negara mereka sahaja. Jangan pula kita terbawa-bawa dengan statistik ini, dan terus point orang tertentu dan mengatakan orang tersebut gay. Ini adalah salah dan membawa fitnah.
Berbalik kepada tajuk kita, gay merupakan hubungan homoseksual antara lelaki dengan lelaki. Dan populasi gay ini semakin meningkat, hari demi hari. Mereka bergiat aktif di laman-laman sosial seperti di Facebook, Twitter serta blog dan website. Lebih menyenangkan kepada gay di luar sana, hanya search 'gay' di Google, dan semuanya tersedia di depan mata. Hanya klik dan anda akan dibawa melayari 'keindahan' gay. Astagfirullahhal'azim... Bertaubatlah kepada kaum lelaki yang mempunyai sifat dan naluri gay.
Ingatkah anda kisah kaum Nabi Luth A.S. yang mengamalkan hubungan sesama jenis. Telah disebutkan di dalam al-Quran mengenai azab yang telah ditimpakan oleh Allah kepada kaum nabi Luth tersebut sebagaimana yang disebutkan di dalam surah Asy-Syu`ara iaitu ayat:160-175. Azab-azab tersebut ialah :
"Kemudian kami hancurkan yang lain (dari pengikut-pengikut Nabi Luth)"
(Surah Asy-Syu'ara : Ayat 172)
"Dan kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan); maka amatlah buruknya
hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran."
(Surah Asy-Syu'ara : Ayat 173)
Kebanyakkan daripada remaja sekarang terlibat dalam kancah maksiat ini. Alangkah ruginya mereka tidak mengetahui pembalasan Allah kelak terhadap diri mereka. Maka kita perlu memberi nasihat dan teguran supaya mereka bertaubat dan berubah.
Wasalam.
Betul betul betul
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam