Assalamualaikum.
" Perlu ke tutup aurat ni?"
" Saya tak biasa lah pakai tudung labuh, baju besar, nampak macam saya ni gemuk lah."
" Panaslah kena pakai tudung, kan sekarang musim panas. Rimaslah."
"Saya tak sampai seru lagi lah."
Antara dialog yang sering kita dengar mengenai masalah menutup aurat. Memang susah untuk menyuruh seseorang untuk menutup aurat, dan bertambah susah apabila individu tersebut memang anti-tutup aurat. Tak pernah menutup aurat daripada zaman remaja sehingga sekarang menyusahkan kita untuk mengubah mereka dengan hanya sekali. Bertambah parah lagi apabila individu yang tidak menutup aurat ini berkata, "Saya tak sampai seru lagi."
Macam gambar di atas, sudah jelas di dalam al-Quran menyatakan mengenai seruan menutup aurat terhadap wanita. Allah berfirman yang bermaksud :
" Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan ingatlah Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Surah Al-Ahzab : Ayat 59)
Tiada sebarang alasan bagi wanita Islam untuk tidak menutup aurat mereka, panas ke, rimas ke. Semua alasan itu tidak ditulis di dalam al-Quran. Yang terdapat di dalam al-Quran ialah menyuruh wanita menutup aurat masing-masing.
Cukuplah setakat ini. Mudah-mudahan bermanfaat dan dapat mengubah kehidupan secara berterusan.