Assalamualaikum.
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana masih diberikan nyawa kepada kita untuk terus hidup di atas muka bumi Allah ini. Saya pada kali ini ingin berkongsi sesuatu dengan rakan dan para pembaca sekalian. Hal ini merupakan salah satu penentu hala tuju masa depan saya, sama ada melangkah sedikit demi sedikit; ataupun melangkah sejauh mata memandang. Penentu juga kerjaya saya kelak.
Pada minggu lepas, saya telah mendapat satu surat tawaran daripada Pejabat Pendaftar Universiti Teknologi Malaysia (UTM)(seperti gambar di atas). Surat tersebut adalah seperti berikut :
![]() |
Surat tawaran program Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian dan Keselamatan Komputer) |
Pada mulanya, memang aku tahu aku akan dapat tawaran ini, kerana result aku untuk sem 1 dan 2 nie melebihi pointer 3.50. Memang itu syarat utama untuk mendapatkan tawaran ini. Tetapi, aku berat hati untuk meninggalkan UTM KL yang sedikit dekat dengan rumah aku di Perlis ni (walaupun tak dekat sangat!). Keputusan aku pada mulanya, aku tak mahu dan ingin meneruskan sesi Diploma di KL. Namun, pada hari dan tarikh aku menerima surat itu, hati ku terus berubah, dan terus sampai di Johor Bahru. Aku pun tidak berfikir panjang, dan aku terus berbincang dengan keluargaku, akhirnya keputusan aku untuk berada di Johor Bahru diterima. Yes! Mungkin ini lah jalan terbaik yang telah diberikan oleh Allah kepada aku.
Sebelum ini pun, rezeki untuk aku melanjutkan pelajaran di negeri orang itu memang ada. Selepas UPSR, aku mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Sekolah Dato' Abdul Razak di Negri Sembilan. Tetapi, pada masa itu, aku masih tidak matang, dan mama terus menolak tawaran tersebut. Aku sangat bersetuju dengan mama atas tindakannya itu. Jadi, selepas itu, aku meneruskan pelajaranku di sekolah paling unggul di Perlis, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Derma. Sebuah sekolah harian, sekolah premier, sekolah bestari, sekolah kluster yang telah mendapat anugerah kualiti. Sekolah yang paling digeruni, prestasi sekolah jauh lebih baik daripada Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra dan MRSM Beseri. Aku sangat berbangga dengan SMK Derma, dan sekarang, aku masih ke sana, menjadi pekerja di Koperasi SMK Derma Bhd.
Berbalik kepada cerita UTM, kini aku masih menunggu surat tawaran rasmi yang akan dikeluarkan oleh pihak UTM tidak lama lagi, yang akan membenarkan aku untuk melangkah terus ke sana. Marilah bersama-sama mendoakan kejayaan kita bersama. In Syaa Allah.