Nota Jiwa | Hanya Di Sini
Pada mulanya, saya tidak bercadang untuk membuat satu blog khas untuk tatapan umum. Saya ingin menerbitkan blog ini hanya untuk suka-suka, dan untuk memenuhi masa lapang saya dengan menulis mengenai bahan-bahan ilmiah, isu-isu semasa, sama ada di dalam ataupun di luar negara. Tetapi, pada akhirnya, apabila saya mendapat satu inspirasi daripada rakan saya, iaitu Amirul Aslam (pemilik amirulaslam.com), saya mula bergiat dalam membuat blog ini. Pada mulanya, beliau meminta tolong saya untuk mendesign header dan slide untuk salah satu kliennya. Pada detik itulah, saya mula menunjukkan minat saya ke arah membuat blog ini.
Blog yang serba ringkas. Masih lagi berdomainkan Blogspot. Namun apa yang penting, kepuasan untuk saya menulis di sini tetap ada.
Terima kasih atas sokongan anda. Sekian.
Designed by True Blogger Tricks for Topbloggingideas.com.