No Politic Please !

Sabtu, 25 Mei 2013

Assalamualaikum.

Barisan Nasional (BN)
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Apa yang anda pilih? Adakah Barisan Nasional (BN), Parti Islam Se-Malaysia (PAS), ataupun Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang anda pilih? Sesungguhnya, undian kita adalah rahsia. Kebanyakkan daripada kita, mungkin pada zahirnya menyokong parti X pada mulanya, namun pada hari pengundian, lain pulak jadinya, apabila kita memangkah parti Y pula. Inilah yang terjadi sebenarnya. Apabila sewaktu hari berkempen,  ramai yang hadir sampai tak cukup tempat duduk. Tetapi pada hari pengundian, ramai pulak yang beralih arah menyokong pihak yang lagi satu.

Hasil daripada peristiwa ini lah, sekarang terjadi perhimpunan hitam, yang dipanggil Perhimpunan 'Blackout'.

Dan janganlah kamu taati perintah orang-orang yang melampaui batas.
Surah AsySyu'araa, Ayat 151

Apa yang dapat kita lihat kini, pemimpin bagi pembangkang; yang menganjurkan perhimpunan 'Blackout' ini, adalah seperti ayat di atas. Jadi, apa yang sudah terjadi kepada pengikut-pengikut pemimpin ini, yang majoritinya mengganut agama Islam? Apa yang sudah terjadi kepada mereka? Adakah mata hati mereka telah buta dek segala ucapan dan perkataan yang dikeluarkan oleh pemimpin mereka? Astagfirullah, baliklah ke pangkal jalan. Bertaubatlah kepada Allah. Apa yang anda dapat sekiranya anda berbuat demikian? Negara kita mempunyai undang-undang, yang kita sendiri tahu. 

Inilah dia. Politik di Malaysia ini semakin tidak sihat. Ada sahaja tomahan dan fitnah yang dikeluarkan oleh mereka. Jika ada kebenarannya, tidak mengapa. Tetapi, bukti pun tidak ada! Ini lah yang dinamakan fitnah.

Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah. Jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu), maka tiada permusuhan (lagi), kecuali terhadap orang-orang yang zalim.
Surah al-Bakarah, Ayat 193

  
 Setakat ini dahulu. Sekian.