SENYUM JA...

Sabtu, 28 Julai 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



"Kacak luar, kacak dalam, kacak dengar sini,
    Kalau saya senyum, awak mesti senyum kembali;
  Kalau kita senyum , semua orang berjangkit,
    Bila semua orang senyum, dunia tiada penyakit."


Topik kita pada bulan Ramadhan kali ini ingin memberi sedikit input kepada pembaca berkenaan SENYUM. Pada kita, amat mudah untuk melemparkan SEMYUMAN kepada semua orang. Namun, ada sebilangan besar manusia yang tidak mampu berbuat begitu. Apakah PERSOALANNYA? Mari kita kupas di sini.

“Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).

Berdasarkan hadis di atas, jelas menunjukkan bahawa Rasulullah S.A.W. amat menekankan amalan SENYUM ini terhadap seluruh umatnya, tidak mengira paras rupa, kaum, dan negara. 

Fakta menarik dalam SENYUM : 
  1. Apabila kita SENYUM, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).
  2. Kita hanya menggunakan 17 otot muka apabila kita SENYUM daripada menggunakan 43 otot muka apabila mengerut dahi.
  3. Ketawa sebanyak 100 kali dalam 24 jam adalah sama seperti bersenam selama 10 minit. Amatlah mudah.
  4. SENYUM dapat merendahkan tekanan darah, menambahkan kemasukan oksigen dalam darah, dan merangsang proses pemulihan badan.
  5. SENYUMAN yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan ulser.
  6. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan.
  7. Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
Berdasarkan apa yang telah saya tulis di atas, mungkin pembaca baru sedar tentang kepentingan SENYUM terhadap sistem badan kita. Jadi, bermula daripada hari ini, masa ini, jam ini, minit ini, saat ini, mulalah SENYUM. SENYUMLAH kepada sesiapa sahaja asalkan jangan MELAMPAUI BATAS... hehe...

Wasalam.